Aku terlonjak terduduk dan menyalakan lampu.
“Idlan! Kenapa kau masuk ke bilikku awal pagi sebegini?!”
“Untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi,” jawabnya riang.
Dan dia bangun dari kerusinya di sisi tempat tidur dan menarikku hingga berdiri.
“Jom! Aku nak tunjukkan hadiah hari jadi dariku tahun ini!”
Idlan memimpinku ke bilik baca dan menyuruhku duduk di depan komputerku.
Ada dua komputer di meja itu, satu milik Idlan, yang sarat dengan pelbagai programming software yang digunakannya untuk bekerja. Dan satu lagi milikku, lebih sederhana dan tidak secanggih milik Idlan.
Idan menghidupkan komputerku dan duduk di sebelahku dengan mata yang kelihatan teruja.
Sambil tersenyum, aku cuba meneka apa yang telah disediakan oleh Idlan untukku.
Pw? Personal website, dengan foto dan lagu?
Aku menggeleng, dalam hati berkata Idlan tidak cukup romantik untuk itu.
“Tengok ni?” Idlan memotong renunganku.
“Apa?”
“Hadiahku.”
Keningku berkerut. Tidak ada yang berbeza dengan rupa paras komputerku itu.
Dengan perasaan ragu aku meraih mouse dan mengklik simbol Start.
Tidak ada yang berubah. Tapi Idlan kelihatan sekali menjadi semakin teruja. Setelah membuka file-file dan sekali lagi tidak menemukan apa pun, aku berpaling kepada Idan dengan raut wajah yang tak berdaya.
“Kau tak jumpa apa-apa??” tanya Idlan, dengan setitik kekecewaan didalam suaranya.
Aku menggeleng.
“Aku menambahkan memori komputer ini,” jawabnya kemudian.
Idlan melihat raut wajahku yang tak berubah, menambah?.
“Sekarang ni komputer mu dah boleh berfungsi dengan lebih pantas.”
Aku ingin sekali berkongsi kegembiraannya. Idlan kelihatan begitu bangga dengan hadiahnya, sekurang-kurangnya beberapa saat yang lalu, idlan tidak sedar bahawa aku kecewa.
“Oh ,” hanya itu yang boleh kukatakan.
“Terima kasih.”
“Kalau kau nak,kau boleh memelukku,” katanya tersenyum dan mendepakan kedua-dua tangannya. Ku pukul lengannya dan tertawa. Dan pagi itu berlalu seperti hari-hari semalam.
Di pejabat semua rakan-rakan ku mengucapkan ucapan selamat hari jadi buatku
Ketika aku memasuki bilik pejabat ku, aku memahami kenapa mereka kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu.
Di atas mejaku ada sebuah kotak panjang yang dibaluti dengan kertas hadiah berwarna merah dan...... setangkai mawar putih. Ketika itu jantungku seperti berhenti berdenyut.
Perlahan-lahan kuambil kad ucapan yang melekat pada kotak itu, lupa seketika kepada rakan-rakanku yang pasti mengawasi melalui cermin kaca di pintu hadapan.
Selamat Hari Jadi. Masihkah kau ingat padaku? Jika ya, aku menunggumu di tempat biasa.
Aku terduduk dan ku baca kad ucapan itu berulang kali.
"Adakah mungkin..?"
Bersambung.............
No comments:
Post a Comment