Siri Novel - Setelah ku dinikahi (x)

Monday, July 12, 2010



Malam itu, ketika idlan menjagaku ia tertidur di atas kerusi, aku teringat kembali pergaduhan yang menimbulkan rasa benciku terhadapnya.

Aku mengulangi setiap ayat-ayat yang telah ku lemparkan, dan aku tiba-tiba merasa malu. Kenapa semuanya mesti terjadi hanya disebabkan hal yang remeh temeh sebegitu?

Selama dua puluh tahun persahabatanku dengan Idlan, hobi dan kegemarannya tak pernah membuatku merasa terganggu. Masih banyak perkara lain yang menarik darinya. 


Kenapa aku sampai boleh melupakan itu dan membiarkan kemarahan menguasai diriku?

Aku tahu permintaanku memang sepatutnya kumiliki. Aku tahu aku berhak meminta Idlan menemaniku ke mana pun. Dan dia juga bersalah kerana memperbesar-besarkan pergaduhan itu.
 

Tetapi dia seperti sudah melupakan pergaduhan itu dan cuba berbaik denganku , sedangkan ketika ini aku masih menaruh dendam dan benci kepadanya. Jadi siapakah sebenarnya pemenang yang menang dalam pertelingkahan ini?

Ketika aku terbangun keesokkan paginya, Idlan sudah siap sedia menyediakan sarapan pagi dengan senyuman lebar. Idlan menemaniku ke bilik mandi dan aku tidak membantah ketika dia memintaku untuk tidak mengunci pintu. 


Dia sudah menyediakan kerusi di tepi baldi berisi air supaya aku tak perlu berdiri ketika mandi. Di almari pula sudah tersedia pakaian bersih untukku begitu juga dengan bedak wangi dan sikat rambutku juga sudah tersusun rapi. 

Selepas sahaja aku keluar dari bilik mandi, aku merasa jauh lebih segar dan bersemangat.

Sewaktu aku kembali ke bilik tidur, aku melihat selimutku telah diganti, mejaku sudah tersusun kembali dan bunga di dalam pasu di tepi tempatku tidur telah digantikan dengan yang baru. Ketika itu Idlan sedang duduk di tepi katilku, menambahkan gula pada susu
coklatku dan mengupaskan telur untuk sarapan pagiku, aku hampir menangis kerana rasa terharu.

“Kau tak pergi ke pejabat? ” tanyaku untuk cuba memulakan perbualan; kata-kata ramah pertama yang kuucapkan padanya setelah pergaduhan kami tempoh hari.

“Hari ni hari ahad, Nor.”

“Aku sudah demam selama seminggu ?” bisikku tak percaya.

“Ya,” Idlan tersenyum.

“ Tapi aku gembira kau sudah sembuh sekarang. Aku tak tenang ketika berada di pejabat kerana asyik memikirkan kesihatanmu".

“Ibuku kan ada di sini.”

“Ya. Aku terpaksa memintanya untuk datang. Aku langsung tak dapat meninggalkan tugasanku minggu lalu. Maaf.”

Aku menunduk, bersembunyi dari ketulusan di matanya. Kulirik jam di atas mejaku. Pukul lapan setengah pagi.

“Tak main bola?”

Idlan menggeleng sambil menyapu sebuku roti dengan mentega Daisy kegemaranku.

“Aku nak berikan peluang kepada Fairuz, dah dua bulan dia asyik duduk dibangku simpanan."

Aku tersenyum.

“Dia takut nak menyerang. Tidak sepantas aku. Maklumlah sudah agak gemuk. Tapi, siapa tahukan?,” ia mengangkat bahu dan tersenyum.

“Kau pergi memancing petang nanti?”

Ia menggeleng lagi.

“Kenapa?”

“Aku mesti membiarkan ikan-ikan itu membiak dan bertambah jumlahnya, jadi apabila sudah semakin banyak ikan-ikan di sana barulah aku menyerang kembali."

“Kalau kau memancing lagi, tolong sampaikan terima kasihku kepada mereka, ok.”

“ Terima kasih untuk apa?”

”Kerana meminjamkanmu untukku hari ini.”

Senyum Idlan serta merta surut. Dihulurkannya tangannya dan disentuhnya lenganku.

“Lain kali kalau kau nak kemana-mana sekali pun boleh tak kau beritahu aku sehari sebelum itu? Bukannya aku tak nak, tapi kalau aku sudah berjanji dengan kawan-kawanku, aku tak boleh dengan senang lenang membatalkannyakan?

Aku mengangguk.

“Aku juga berjanji tidak akan sering menonton filem aksi lagi,” katanya..



.....................Bersambung...............


No comments:

Related Posts with Thumbnails