Siri Novel - Setelah ku dinikahi (Akhir)

Wednesday, July 28, 2010



“Entahlah. Mungkin sebulan dua bulan.”

“Kau tahu kita tak ada masa yang banyak, Nor. Aku tidak boleh menunda untuk balik ke Jerman. Dan aku tidak tahu bila lagi aku boleh kembali ke sini. Mungkin tidak dalam setahun atau dua tahun ini. Dan kita akan kehilangan masa yang semestinya boleh kita lalui bersama.”

“Aku tahu, Is. Tapi aku tidak mungkin meninggalkan Idlan sekarang. Dia memerlukan aku.”

“Aku lebih memerlukanmu daripada dia, Nor. Dan fikirkan dirimu sendiri. kau tidak ingin kita boleh terus bersama?”

Aku menghela nafas panjang.

“Entahlah, Is, ” bisikku.

“Apa maksudmu?” suara Is kedengaran terkejut

“Aku …. Aku tidak akan bahagia kalau Idlan menderita.”

“Nor! Kau tidak …. Dengar, fikir baik-baik. Menurutmu, kalau kau terseksa hidup dengannya, dia akan bahagia?”

“Aku tidak merasa menderita menjadi isterinya.”

“Tapi kau tidak bahagia!”

“Aku bahagia, Is. Mungkin tidak seperti saat aku bersamamu. Tapi Idlan membuatku bahagia.”

“Kau tidak boleh melakukan ini, Nor. Kau hanya kasihan kepadanya. Tak lama lagi kau akan berubah fikiran dan saat itu kau akan menyesal kerana membiarkan peluang ini.”

“Aku boleh belajar memaafkan diriku sendiri.”

“Nor, kau tidak mencintainya!”

“Dia mencintaiku. Itu lebih dari cukup.”

“Kau keliru, Nor. Aku faham. Tapi takkan kau dah lupa aku sangat mencintaimu?”

“Aku tidak pernah akan lupa, Is.”

“Jadi apa yang membuatkanmu berubah fikiran secepat ini?”

“Idlan mengajarku tentang cinta.”

“Hanya kerana itu?”

“Juga kerana aku yakin, aku akan belajar mencintainya.”

“Nor ….”

“Selamat tinggal, Is. Semoga kau akan sebahagia aku suatu hari nanti atau mungkin lebih bahagia lagi.”

Telefon kututup sebelum air mataku jatuh.

“Nor.”

Aku tersentak dan termenung seketika. Entah sudah berapa lama Idlan berdiri di belakangku. Wajahnya penuh tanda tanya dan dia menggeleng perlahan sambil duduk di lantai di sisi kerusiku.

“Kenapa?” tanyanya.

Aku tak mampu menjawab. Air mataku menitis satu-persatu dan dengan lembut dia mengusap pipiku dengan jarinya.

“Aku tak boleh melihatmu begini ,” lanjutnya perlahan.

“Ini keputusan yang sangat terburu-buru, Nor. Kau hendak membiarkan peluangmu berlalu sekali lagi?”

Aku mengangguk.

“Dia akan membuatmu sangat bahagia, Nor.”

Aku mengangguk.

“Kau akan menyesal.”

Aku mengangguk.

“Kau akan sedih, kecewa ….”

Aku mengangguk.

“Kau tidak mencintaiku.”

Aku menggeleng.

Idlan memandangku.

 “Nora!” pekiknya tertahan.

“Idlan......!”


Tamat......




 




Siri Novel - Setelah ku dinikahi (I)

Tuesday, July 27, 2010




“Apa yang kau tak faham? Aku mencintaimu,” kata-kata Idlan begitu lantang, menghentamku seperti satu pukulan keras yang membuatku terhempas.

“Aku mencintaimu sejak kau memarahiku kerana menjatuhkanmu ke longkang, dua puluh tahun yang lalu, waktu kita masih sama-sama belasan tahun. Dan aku tidak pernah untuk berhenti mencintaimu hingga kini.”

“Kau … kau tidak pernah ….”

“Kau tidak pernah memberikanku kesempatan. Kau selalu jatuh cinta dengan orang lain atau patah hati kerana orang lain, dan kau selalu datang kepadaku menceritakan semuanya. Aku tahu aku bukan lelaki idamanmu. Aku tidak pandai menangkap gambar. Tidak menulis puisi. Kalau kau katakan sebuah lukisan itu bagus, aku tidak memahami kenapa. Aku bukan juara pidato dan ketua pegawas yang kau gilai di Sekolah Menengah. Aku bukan siswa kampus yang membuatmu mabuk kepayang waktu kuliah dulu. Aku hanya insan biasa saja. Aku tahu ini sangat menyedihkan, memalukan dan aku benci kau mengasihaniku. Tapi selama ini aku langsung tidak ada keberanian, belum lagi berkesempatan, untuk berterus terang kepadamu.”

“Kau bukan hanya insan biasa, Dlan,” jawabku.

“Kau istimewa dengan caramu sendiri.”

Idlan mengangkat bahu.

“Tidak cukup untuk kau cintai.”

Sesaat aku hanya dapat terdiam, menatap kedua mata Idlan, mencari tanda-tanda kalau semua ini hanya salah satu daripada gurauannya. Tetapi dia kelihatan bersungguh-sungguh.

“Kenapa kau katakan semua ini kepadaku waktu kita akan berpisah seperti ini? Apa yang kau inginkan?” tanyaku mendatar.

Idlan tersenyum kecil. Ada kepedihan dalam senyumannya, sesuatu yang tak pernah kutemui sebelumnya.

“Aku sendiri tidak tahu kenapa aku mesti mengatakan semua ini kepadamu. Aku hanya ingin kau tahu aku mencintaimu.
Bukan kerana aku masih berharap kau akan mencintaiku juga. Sekarang tidak ada bezanya lagi. Tapi aku ingin kau tahu yang kau tetap memiliki cintaku, apapun yang terjadi, walaupun jika akhirnya kau benci kepadaku atau melupakanku sekalipun.”
 
Dia tertunduk seketika. Ada sesuatu yang berlainan berpijar di matanya ketika dia kembali menatapku.

“Dan kalau kau tanya apa yang kuinginkan, aku ingin kau di sini bersamaku, seumur hidupku. Aku ingin kau belajar dan
akhirnya benar-benar mencintaiku, mungkin tidak akan pernah sedalam dan separuh cintaku kepadamu, tapi sekurang-kurangnya kau tidak lagi menganggapku
hanya sekadar sahabatmu, tapi juga kekasihmu. Aku ingin mencintaimu lebih dari yang pernah kutunjukkan.”

Idlan menghela nafas berat.

“Tapi itu semua keinginanku. Bukan kemahuanmu. Kebahagiaanku, belum tentu kebahagiaanmu juga.”

Lama kami berdua saling berpandangan.

“Terima kasih, Dlan,” ujarku akhirnya. Kupeluk dia erat-erat, menyembunyikan air mataku di bahunya.

******

“Aku sudah berbincang dengan Idlan, Is. Tapi aku terpaksa menunda proses perceraian itu. Idlan baru saja kehilangan ibunya. Rasanya tidak patut jika kita berbicara soal perceraian masa ini.”

“Berapa lama?”


Bersambung...................








Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xx)

Monday, July 26, 2010




“Terima kasih.”

“Kau pernah melakukan lebih dari ini untukku.”

“Bukan untuk teh mu. Untuk tidak memberiku pernafasan buatan,” dia tersenyum nakal.

“Oh, kau!” aku ikut tersenyum, lega.

“Dan untuk mengahwini denganku,” lanjut Idlan kemudian, riak wajahnya begitu serius.

“Sekurang-kurangnya sebelum meninggal, Mak beroleh ketenangan kerana melihat aku sudah beristeri. ”

Aku tertegun sesaat. Suaraku goyah dan tersekat semasa aku bercakap,

“Aku yang mesti berterima kasih kepadamu.”
 
“Untuk apa?”

“Untuk setahun yang kau lalui denganku. Untuk kesabaranmu.  Pengorbananmu.”

Idlan tersenyum kecil.

“ Aku tidak melakukan apapun yang tidak kusukai. Setahun ini adalah sangat bahagia untukku. Seharusnya aku yang berterima kasih.”

“Jangan memaksa,” aku cuba bergurau.

“Aku yang harus berterima kasih. Mengalahlah sedikit.”

Idlan tersenyum dan mencubit hidungku. Tangannya tidak sedingin tadi dan itu melenyapkan sisa-sisa kekhuatiranku.

“Aku masih tak faham kenapa kau akhirnya mahu terlibat dengan idea gilaku ini ,” katanya.

“Entahlah, Dlan,” aku tertawa kecil.

“Mungkin aku sudah hilang arah apabila setiap kali ibuku menanyakan soal perkawinanku. Dan aku melihat ideamu itu sebagai jawaban yang terbaik untuk menyelesaikan dua masalah sekaligus, keenggananku untuk kahwin, kerana tidak ada calon yang pasti dan keinginan ibuku yang meninggi untuk melihatku berkahwin secepat mungkin."

“Apa yang kau dapat selepas setahun kita berkahwin?” tanyanya dengan wajah lebih serius.

Aku terdiam sejenak.

“Banyak,” akhirnya aku menjawab.

“Aku belajar bahawa aku tidak berkahwin dengan malaikat atau syaitan , tetapi dengan manusia, yang memiliki kekurangan yang harus kumaafkan dan keistimewaan yang tidak boleh kuabaikan. Aku belajar bahawa dalam perkahwinan, bila kita tidak  mendapatkan apa yang kita inginkan tidak bererti kita selalu kalah, tetapi boleh jadi ia adalah satu kemenangan bersama.”

Aku ingin menambahkan bahawa pernikahan memerlukan cinta dan kesetiaan seperti gurun memerlukan air, tapi aku tidak ada keberanian untuk  menyatakan semua itu.

“Kau memang selalu pandai berkata-kata,” Idlan tersenyum.

“Kau sendiri? Apa yang kau pelajari selama ini?”

“Hanya satu. Hidupku mungkin tidak akan pernah sebahagia ini lagi selepas kau pergi nanti.”

Aku terpegun.

“Apa maksudmu?”

Idlan bangkit dan duduk bersila menatapku.

“Tahun ini adalah waktu paling bahagia dalam hidupku. Setiap pagi aku bangun dan mendengar suaramu, aku sering memikirkan aku adalah lelaki paling bahagia di dunia ini. Dan setiap malam waktu aku pulang dan kau tersenyum menyambutku, aku dapat rasakan aku menjadi manusia yang paling beruntung di muka bumi ini. Aku menjadi sangat selesa dengan kehadiranmu bahkan mula berharap kau akan
bersamaku terus, walaupun harapan itu, aku tahu hanya angan-angan. Tapi kalau kau mencintai seseorang seperti aku mencintaimu, kau akan kehilangan akal.”

Kutatap wajah Idlan dekat-dekat. Dia tidak kelihatan sedang bergurau. Dia nampak sangat tenang dan serius.

“ Aku masih tak faham,” bisikku.

“Perkahwinan ini tidak pernah hanya sebagai sebuah lakonan untukku, Nor. Ini adalah perkahwinan yang benar untukku.”

“Apa maksudmu kau mencintaiku ?” suaraku tersekat.


Bersambung.....................








Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xix)

Friday, July 23, 2010




Ku lihat Idlan di sana, sedang menghisap rokok. Sudah tujuh belas tahun dia berhenti merokok dan apabila melihatnya kembali keadaannya itu membuatku sedar dia sedang bergelut dengan kepedihan yang lebih dalam dari yang ditunjukkannya.

Ketika aku mendekatinya, kulihat bakul sampah di sampingnya telah penuh dengan puntung rokok dan rokok di atas meja hanya tinggal sebatang saja lagi.

Kucabut rokok itu dari antara jemarinya dan ku buang ke dalam longkang di hadapannya. Idlan tidak menghalang, dia juga tidak menatapku. Aku sedar kata Kak Ira memang betul.
 
Aku mesti membawa Idlan jauh daripada semua kenangan tentang ibunya.

“Aku nak balik, Dlan, ” sebutku sambil memegang tangannya.

Dia menggeleng perlahan.

“Aku nak tidur di sini. Kau baliklah sendiri. Besok aku balik naik bus saja.”

“Aku tak nak sendirian di rumah.”

Idlan menghela nafas panjang dan akhirnya berdiri.

Dia memaklumkan kepada kakak dan iparnya kemudian keluar untuk mengambil kereta. Saat itu Kak Ira mencuit tanganku dan berbisik,

” Aku senang hati Idlan sudah berkahwin  denganmu. Kau pasti boleh menghiburkannya dalam keadaan seperti ini. Dialah yang paling merasa kehilangan mama. Kau pun tahu, dia tinggal dengan Mama selama tiga puluh tiga tahun.”

Aku terpaku sesaat. Dadaku ngilu. Kupeluk Kak Ira dengan hati menggigil.
 
Bagaimana boleh kukatakan kepadanya bahawa aku dan Idlan sudah merancang untuk mengakhiri perkahwinan ini secepat mungkin?

Sesampai di rumah, Idlan masuk terus ke biliknya.

“Kau...nak kumasakkan nasi goreng, Dlan?”

“Nanti saja. Aku tak lapar.”

“Kau tak makan apa-apa lagi dari semalam. Nanti kau sakit. Aku masakkan ok?”

Idlan mengangguk dengan mata sayu. Aku menjadi semakin khuatir melihatnya.

“Tunggu di sini,” kataku lagi.

“Aku tak akan lama.”

Ketika aku baru saja hendak mengambil telur di dalam almari, aku terdengar suara Idlan di kamar mandi. Ku lihat dia membongkok di mangkuk tandas, menangis dan muntah. 

Untuk beberapa saat aku merasa lumpuh dan aku hanya mampu terpaku melihatnya, tidak tahu apa yang harus kulakukan.
 
Ku fikir aku harus lari keluar mencari bantuan. Tapi aku tak mungkin meninggalkan Idlan dalam keadaan seperti itu.

Perlahan-lahan ku hampiri idlan. Ku belai  bahunya dan sentuhanku agaknya memberikan sedikit ketenangan buatnya, dan lama kelamaan tangisannya reda.

Ini membuatkanku lebih yakin dengan apa yang mesti kulakukan selepas ini.

Ku keringkan peluh di dahinya. Tapi tiba-tiba saja dia terkulai lemas, dan kalau aku tidak bertindak pantas menggapainya ke dalam pelukanku, dia pasti akan tersungkur ke lantai. 

Perlahan-lahan kupapah idlan ke bilik dan kubaringkan di katil. Kubuka baju kemejanya yang basah dan
kuselimuti badannya yang menggigil.

“Maaf, Nor,” bisiknya.

“Aku tak sanggup menangis di depan kakak-kakakku.Mereka ….”

“Aku tahu. Tak apa ,” tanganku masih gementar saat aku membelai rambutnya.

“Aku bancuhkan teh panas, nanti kau minum, ok?”

Idlan mengangguk dan aku berganjak meninggalkannya. Ketika aku kembali, dia kelihatan agak lebih baik. Dihirupnya sedikit teh yang kubawa.

Wajahnya tidak lagi kelihatan pucat. 

Ketika aku menyelimutinya kembali,idlan memegang tanganku. 


Bersambung......................

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xviii)

Thursday, July 22, 2010




“Dia di sini cuma tinggal sepuluh bulan lagi, sebab itu aku nak kita bercerai secepat yang mungkin.”

“Oh.”

Idlan tidak berkata apapun selama beberapa saat.

Kemudian dia bertanya,

”Kau yakin dia mencintaimu?”

Aku mengangguk.

“Kau yakin kau akan bahagia dengannya?”

Sekali lagi aku hanya mengangguk.

“Kalau begitu, baguslah,” katanya kedengaran agak tulus.

“Aku pun bahagia.”

Kuberanikan diri untuk menatap wajahnya. Dan aku tidak menemui setitik pun kekecewaan di sana. Rasa lega memenuhi hatiku.

Idlan bertanya beberapa perkara tentang Is dan semuanya kujawab dengan kegembiraan gadis belasan tahun yang mabuk asmara.

Tapi setelah beberapa lama, aku sedar sekiranya dia tidak benar-benar mendengar ceritaku.

“Dlan?” tegurku.

“Ya?”

“Kau tak mendengar pun. Apa yang sedang kau fikirkan?”

“Aku sedang berfikir, gadis mana yang akan kuajak berlakon nanti, supaya kau memilki alasan untuk bercerai denganku.”
 
****

Malam itu aku terbangun saat Idlan menggoncang bahuku.

“Nor, bangun!”

“Ada apa?” gamamku.

 Jam alarm di sisi katilku baru menunjukkan jam tiga lima belas pagi.

“Tukar baju cepat, kita mesti ke rumah sekarang. Mak meninggal.”

Aku terlonjak duduk.

“Apa?”

“ Tukar baju,”  Ildan mengarahku sambil meninggalkan kamar.

Aku terpaku sejenak dan akhirnya lari mengejar.

“Bila?”

“Baru saja.”

“Di?”

“Rumah. Tukar bajumu. Kita keluar lima minit lagi.”

“Idlan ….”

Dia menghempaskan pintu biliknya di depanku.

Aku kembali ke bilikku dan bergegas menukar baju tidurku.

Ketika aku keluar, semua lampu belum dihidupkan dan pintu pagar masih tertutup. Begitu juga pintu bilik Idlan. Kuketuk pintu itu perlahan.

“Dlan, aku dah siap.”

Tidak ada jawaban.

Aku menyelinap masuk. Kamar Idlan gelap, tapi dengan kesamaran cahaya lampu dari taman luar rumah, aku dapat melihatnya duduk di sudut, wajahnya tersembunyi di balik kedua tangannya. Dia menepis tanganku, dan membuatkanku terkejut saat aku menyentuh bahunya.

Tapi ketika untuk kali ketiga kuhulurkan tanganku, dia tidak lagi menghindar, dan dalam pelukkanku dia menangis.

Hanya saat itu Idlan tidak dapat mengawal emosinya.

Selepas itu barulah dia kembali menjadi Idlan yang rasional dan berkepala dingin, yang mengurus pengebumian, melayan tetamu dan menghiburkan keempat-empat kakak perempuannya dengan ketenangan yang agak memilukan.

Petang itu, semasa aku tengah membantu mengemas kembali ruang tamu, kakak Idlan, Kak Ira, menghampiriku.

“Nor, bawa Idlan balik.”

“Kan lebih baik kalau dia disini dulu, Kak?”

Kak Ira menggeleng.

 “Cuba lihat sendiri,” katanya sambil menunjuk ke halaman belakang. 

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xvii)

Wednesday, July 21, 2010



“Nor,” suaranya gementar.

“Aku berjanji akan selalu membahagiakanmu”

Aku tahu sejak awal lagi lakonanku dengan Idlan akan berakhir,cuma cepat atau lambat tidak ku ketahui. Tapi hatiku tetap enggan untuk merasa tenang dengan kenyataan bahawa aku harus berbincang dengannya tentang perpisahan.

Aku sedar bahawa Idlan sendiri tidak berhak dan tidak mungkin menghentikanku. Bahkan, mungkin dia akan merasa lega dengan keputusanku itu, kerana akhirnya dia boleh menikmati hidupnya sendiri kembali.

Mustahil dia akan menolak untuk berpisah denganku. Apatah lagi, aku juga tahu dia sangat menyayangiku dan ingin aku bahagia. Dan aku tahu, keputusanku untuk kembali kepada Is adalah yang terbaik untukku dan masa depanku, sesuatu yang pasti akan disokong oleh Idlan. Aku yakin keputusanku itu tidak akan merugikan sesiapa pun. Tidak ada sebab untuk aku risau untuk memberitahu hal ini kepada Idlan.
 

Aku berjanji kepada diriku sendiri untuk mencari masa yang sesuai. Tetapi saat itu tidak pernah datang. Aku seringkali mengalami kesusahan dan akhirnya membatalkan niatku. Is tidak akan memahami situasiku.

“Aku ingin kita berkahwin sebelum aku balik ke Jerman, Nor. Dan kau harus menghabiskan masa iddahmu terlebih dahulu. Dan aku hanya di sini untuk sepuluh bulan sahaja lagi.”

“Aku tahu. Aku pun fikir begitu juga. Tapi … Entahlah.”

“Kau tak yakin aku akan membuatkanmu bahagia?”

“Aku ….” aku tergagap.

“Jadi, berterus-teranglah dengan Idlan.”

Petang itu, aku pulang dengan hati yang berat. Aku sudah tekad untuk berterus-terang dengan Idlan malam itu juga. Aku tidak akan bertangguh lagi.

Setibanya aku di rumah, Idlan sudah menungguku di depan pintu. Matanya berbinar dan wajahnya berseri saat aku mendekati pintu rumah, membuatkanku tertanya-tanya apa sebenarnya telah berlaku.

“Kenapa kau awal balik hari ni?” tanyaku.

Idlan menyilangkan telunjuknya di depan bibir dan memimpin tanganku masuk ke dalam rumah.

“Ada apa?”

“Sssst!”

Dia membawaku ke ruang rehat. Dengan bangga didepakannya tangannya.

Di sana ada sebuah buaian rotan berwarna putih, cukup lebar untuk tiga orang, dengan bantal-bantal yang kelihatan sangat comel, berwarna hijau dengan gambar … mawar putih?

“Ini hadiah ulang tahun pertama perkawinan kita,” katanya.

Mataku beralih dari buaian rotan itu. Wajah Idlan benar-benar keriangan. Di matanya ada sedikit kehairanan melihat wajahku yang pasti telah berubah warna.

“Aku … aku tak ada apa-apa hadiah” kataku sambil kembali menatap ayunan itu, menyembunyikan kekalutanku.

“Aku lupa ….”

Idlan ketawa. “Bulan lepas...Hari jadimu sendiri pun kau tak ingat” katanya.

Dia duduk di buaian itu.

“Mari,” katanya sambil menarik tanganku.

Aku duduk di sampingnya, tak tahu hendak berkata apa. Aku langsung tidak ingat bahawa setahun lalu pada hari ini, aku dan Idlan berkahwin, simulasi.

Kenapa Idlan harus menganggap hari ini amat istimewa sedangkan aku sendiri sama sekali tidak mengingatinya?

Idlan mulai mengayun-ayun perlahan sambil menggenggam tanganku. Dia sedang menceritakan beberapa kejadian lucu di pejabatnya, tapi aku sama sekali tidak mendengar. Di kepalaku bermain ribuan kata-kata yang akan segera kuucapkan padanya. Aku telah berlatih dalam hati untuk mengatakan segalanya dengan tegas dan jelas. Tapi sekarang, semua kegagahan hati yang telah kubangunkan runtuh berserpihan.

“Nor, kau nak dengar lawak Rashid?” teguran Idlan menghapuskan renunganku.

 “Apa?” Kutatap matanya.

“Dlan, Is pulang.”

Dahinya berkerut. “Is?”

“Kekasihku yang pergi ke Jerman.”

“Oh,” ia mengangguk.

“Bila?”

“Sebulan lalu, semasa hari jadiku.”

Idlan mengangguk lagi. 


Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi.

“Dia dah kahwin?” tanya Idlan, seperti mendorongku untuk meneruskan topik perbualan.

Aku menggeleng.

“Jadi?”

“Dia ingin mengahwiniku ,” kataku cepat-cepat, tanpa memandang wajahnya.





Bersambung.................


******
Iddah muthlaqah (masa perceraian), yaitu masa iddah yang terhitung masa haidh, maka wanita menunggu tiga quru’ (masa suci), sebagaimana firman Alloh ‘azza wa jalla :

“Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’.” QS. Al-Baqarah ; 228 Yaitu 3 kali masa haidh. 

********




Siri Novel - Setelah aku dinikahi (xvi)

Tuesday, July 20, 2010





*****

"Kita tak boleh bertemu lagi Is,” luahku kepada Is di telefon.

Separuh jiwaku rasanya terbang dan hilang saat kata-kata itu kuucapkan.

“Kenapa? Idlan melarangmu?”

“Dia tak tahu apa-apa.”

“Kenapa kau mesti memikirkan dia, Nor. Fikirlah dirimu sendiri. Sanggupkah kau menghabiskan sisa-sisa hidupmu dengan orang yang tidak kau cintai, sedangkan denganku kau boleh mendapatkan semuanya?”

Kugigit bibir ku saat setitis air mengalir di pipiku.

“Nor, aku memberikan sepenuh hatiku kepadamu dan barulah hidupmu akan lengkap bersamaku. Selama ini, aku sendirian dan kau dengan Idlan, hidup kita hanya mimpi, cacat, tidak sempurna. Dan kita hanya dapat memulakan
hidup, setelah kita bersama. Saat ini kau tidak punya apa-apa, Nor, begitu juga di masa depan, tapi berdua, kita akan miliki segala-galanya ….”

“Hentikan,” potongku dengan suara bergetar.

“Kalau kau meminta aku untuk berhenti berusaha mendapatkanmu lagi, kau hanya membuang masa dan tenaga. Kau tahu aku tidak semudah itu untuk berundur. Ini berkaitan dengan sisa-sisa hidup kita berdua. Tidak ada yang
lebih penting dari itu dan aku tidak akan berhenti sampai kau kembali kepadaku.”

“Aku tak boleh ….”

“Kenapa tidak?”

Ya, kenapa tidak. Perkahwinanku dengan Idlan hanya satu lakonan dan tetap sekadar sandiwara. Tapi kenapa rasa berat
sekali memutuskannya?

“Kau tidak mencintai Idlan, Nor. Kau berbeza dengannya, jadi kau tidak bersalah kalau kau tidak boleh untuk mencintainya. Satu-satunya perasaan yang layak kau simpan untuknya cuma sahabat, kerana dia tidak akan pernah dan boleh mendapatkan hatimu dan dia akan selama-lamanya mengahwini dengan perempuan yang mencintai lelaki lain.”

“Aku ….”

“Berterus-teranglah denganku, Nor, kau mencintaiku. Pertemuan kita adalah takdir.”

Kututup ganggang telefon dengan tanganku dan menghembuskan nafas panjang. Seluruh tubuhku rasanya terbakar dan longlai dan dunia seperti berputar semakin cepat.

Kupejamkan mataku.

“Aku tidak mencintaimu,” bisikku. 

“Aku juga tidak merinduimu.”

“Kau tipu.”

Lama sekali aku terdiam dan akhirnya aku memberanikan diri untuk berkata,

”Ya.”


Bersambung............



Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xv)

Monday, July 19, 2010




“Nor? Kenapa call pagi-pagi macam ni?”

“Aku …. Kau tahu …, ” kataku gagap.

Bagaimana hendak memulakan cerita ini kepada suamiku --walaupun hanya simulasi -- bahawa aku sedang dilanda ombak asmara cinta dengan lelaki lain?

Idlan tidak akan marah, aku tahu. Dia tidak berhak untuk itu. Tapi itu tidak membuatkan segalanya menjadi mudah.

Dia bukan lagi sekadar seorang sahabat tempatku mecurahan resah gelisah dan semua masalahku.

Dia adalah suamiku, simulasi atau bukan sekalipun.

Dan menceritakan perkara seperti kad dari Is dan bunga mawar putihnya terasa amat tidak patut dan kejam untuk dilakukan.

“Ya?” desak Idlan.

“Aku.... Idlan, kau kenal Shiela, kan?”

“Setiausahamu? Mestilah kenal.”

“Bekas kekasihnya yang juruterbang tu balik ke tanah air.”

“Jadi?”

“Sekarang mereka sering bertemu. Suami Shiela sendiri tidak tahu, tentu. Tapi sekarang Shiela bingung. Dia mengaku jatuh cinta lagi dengan bekas kekasihya itu. Dan si bekas kekasihnya ini pun ingin mengahwini Shiela.”

“Tapi, Shiela kan dah dah ada dua orang anak?"

“Ya. Tapi kata si juruterbang ni, anak bukan masalah. Mereka masih boleh memilih untuk tinggal dengan siapa.”

“Jadi apa kena mengena semua ini denganmu?”

Aku menarik nafas.

“Shiela bertanya kepadaku apa yang mesti dia lakukan. Aku tak tak tahu apa nak jawab."

“Jadi sekarang ni kau bertanya mahagurumu. Baik. Eh! Tunggu sekejap,” meskipun dia menutup ganggang suara telefon, aku masih boleh mendengarnya berteriak kepada
seseorang di sana,

“Tunggu kejap, ini isteriku! Ok, pergilah dulu. Aku menyusul kemudian.”

Isteriku. Aku isterinya. Isterinya. Dan jantungku rasanya seperti jatuh ke bumi.

“Maaf. Mereka memang tak boleh kalau aku tiada …,” suara Idlan kembali di telefon.

“Kerana kau yang membancuhkan kopi?”

“Kau!” ia tertawa, dengan segera kembali serius.

“..Aku fikir Shiela dan kekasihnya terlalu ego. Mereka tidak boleh hanya memikirkan keinginan mereka sendiri. Masih ada suami Shiela dan anak-anaknya yang juga harus dipertimbangkan.”

“…Tapi bagaimana jika Shiela tidak lagi bahagia berkahwin dengan suaminya, apakah perkawinan itu mesti dan boleh untuk dipertahankan?”

“Apa kata kau tanya Shiela, apakah dia betul-betul mencintai bekas kekasihnya, atau mereka hanya dibuai cinta dengan nostalgia masa lalu? Adakah mereka memang saling memerlukan atau mereka hanya ingin mengulang kembali
keindahan semasa percintaan mereka dulu? Kalau hanya itu yang mereka inginkan, mereka akan kecewa kalau terus bersama, kerana Shiela dan kekasihnya sudah menjadi dua orang yang berbeza, sudah lebih dewasa,dan bukan lagi remaja yang masih mentah.”

“Katanya dia hanya mencintai lelaki itu, bukan suaminya. Dia tidak pernah mencintai suaminya.”

“Kalau begitu kenapa dulu dia berkahwin?”

“Situasi.”

“Maksudnya?”

“Adik-adiknya semuanya nak berkahwin, tapi orang tuanya tidak mengizinkan kerana mereka tak nak Shiela dilangkahi.”

“Hmmmm. Kasihannya dia.”

“Jadi bagaimana?”

Idlan diam sejenak. 

“Aku tak tahu, Nor. Yang aku tahu, aku tak nak menjadi penyebab ketidakbahagiaan seseorang.

Kalau aku menyuruh Shiela untuk meninggalkan kekasihnya, tak siapa tahu dia tidak akan pernah merasai bahagia kerana terpaksa terus bersama suaminya.

Kalau dia meninggalkan suaminya, aku juga tidak menjamin dia akan bahagia dengan orang yang hanya mengenalinya dari luaran, tidak kukuh, seperti suaminya.”

“Jadi aku nak bagitau apa?”

“Sampaikan saja petuaku itu kepada Shiela. Katakan saja ini warkah dari pakar perkahwinan kelas dunia yang reputasinya tidak diragukan lagi.”

“Kau langsung tidak membantu,” kataku geram.

“Ini bukan sebab kerosakan tv atau radio yang hendak dibaiki, Nor. Ini soal masa depan. Sedangkan memperbaiki tv rosak pun aku tak sanggup, inikan pula menasihati rumah tangga orang."

“Bodohnya, kenapalah aku tanya pendapatmu”

“Itulah, Nor. Aku sendiri hairan kenapa aku membuang masaku dan terpaksa terlambat mengikuti rakanku untuk memberimu nasihat yang tidak berguna.”

Aku tertawa pahit.

“Ya, dahlah. Pergilah buat kopi sekarang. Terima kasih untuk nasihat dan masamu.”

“Sama-sama. Oh! Bosku datang ke sini. Aku harus pergi. I love you, Darling!” ia berteriak. Lalu kudengar suaranya, sedikit jauh dari telefon.

“Ok, Bos,sekejap. Isteri saya ….”

Kututup telefon, tiba-tiba merasa begitu dingin dan kesepian.

Bersambung...............

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xiv)

Friday, July 16, 2010



Kiriman bunga yang kedua datang dua hari kemudian.Ku fikir,adakah dia tahu bahawa aku pun tak mungkin dapat untuk menghapuskan senyuman, mata, wajah dan suaranya dari jiwaku?

Kotak mawar yang ketiga datang waktu petang. 

Maaf sekiranya kau menganggap aku kejam untuk terus menyintaimu Tapi bolehkah kau menghentikan ombak badai di hatiku?

Aku tak boleh. Aku langsung tiada kekuatan untuk membendung gemuruh di hatiku sendiri. Aku ingin bersamanya, selamanya. Dan itu adalah mustahil.

Petang itu, sebelum aku pulang, ku dail nombor telefon Is yang sudah ku hafal semenjak kali pertamaku melihatnya.

“Kalau kau ada masa, kita boleh menyaksikan pameran lukisan digaleri yang baru di buka dekat dengan pejabatku.”

“Kaulah yang menentukan adakah aku punyai masa atau tidak, Nor.”

Dan keesokkan harinya ku penuhi masaku bersama Is, berbual-bual tentang lukisan dan hasil seni, sesuatu yang lama ingin kuulangi kembali. Tak dapatku bayangkan betapa gembira dan lancarnya perbualanku dengan Is.

Sesuatu yang tidak ku rasai apabila bersama dengan Idlan selama ini. Setelah lama berbual tentang seni karya tempatan, Is tiba-tiba bertanya.

“Kenapa kau berkahwin dengan Idlan?”

“kenapa tanya?”

“Setahuku, dia bukan jenis yang kau suka.”

Aku tertunduk.

“Kenapa, Nor?”

“Idlan mencintaiku ,” bisikku perlahan.

“Kau juga mencintainya?.”

Kebisuanku memberikannya jawapan.

“Apakah kau bahagia....Nor?” tanyanya agak kaku.

Ku renung matanya yang membara dan hangat.

“Ya.”

“Jangan tipu.”

“Idlan suami yang baik.”

“Tapi, kau bahagia?”

Bagaimana untukku mengatakan bahawa aku tidak pernah merasakan kebahagian itu,menghabiskan waktuku bersama Idlan?

“Sudah berapa lama kau berkahwin dengan Idlan?”

“Setahun.”

“Maaf jika ini menyinggung perasaanmu. Tapi apakah kau mengahwininya kerana terpaksa? Kerana usia dan….”

“Stop.”

Aku bangkit dan meninggalkannya.

Maafkan aku kalau perasaanmu terluka disebabkan pertanyaanku,Nor.

Tapi bolehkah kau memahami perasaanku? Bagaimana hatiku terseksa setelah mengetahui perkahwinanmu tidak membuatkanmu bahagia?

-------------

Kad itu bergetar di tanganku dan tulisannya kabur dalam genangan air mataku.

“Nora,” tanya setiausahaku yang, entah bila, telah memasuki bilik pejabatku

“Ada apa?”

“Tak ada apa-apa,” bisikku, cuba mengawal diri.

“Tolong keluar sekejap. Aku nak menelefon Idlan.”

Setiausahaku keluar, tanpa ku sedari aku sudah mendail nombor telefon pejabat Idlan. Aku tiba-tiba sedar bahawa sejak mengahwininya aku tidak pernah mengadu dan bertanya kepadanya tentang segala perkara yang bersangkut paut tentang hati dan perasaan.

Dan kini, aku tahu aku sangat memerlukannya,seperti dulu, sebelum dia menjadi suami simulasiku.

“Idlan.”


Bersambung.................

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xiii)

Thursday, July 15, 2010





“Aku sekarang senior editor,” jawaban itu terdengar menyedihkan, hampa.

Apa ertinya status jawatanku di sisi… cinta? Kesetiaan?

“Tahniah” ia kedengaran tulus, tapi di hatiku merasakan kepedihan.

“Aku selalu yakin kau yang terbaik untuk jawatan itu.”

“Kau pernah menyuruhku untuk membiarkan saja jawatan itu dulu,” kataku dengan nada sedikit kehampaan.

Apa agaknya yang  terjadi kalau dulu kukatakan “ya ”?

Sepuluh tahun bersama Is, Bagaimana agaknya aku sekarang?

Is menggeleng. “Aku hanya memintamu untuk memilih.”

Matanya merenung pada cincin di jari manisku. Suaranya perlahan saat dia bertanya,

”Kau sudah kahwin?”

Aku mengangguk. Ia tertawa kecil, agak gugup .

“Siapa?” tanyanya seperti berbisik.

“Idlan,” jawabku kaku.

“Idlan? Idlansyah kawanmu?”

“Sahabatku.”

“Sahabatmu,” bisiknya sekali lagi.

“Berapa ramai dah anakmu?”

Aku menggeleng.

“Belum ada,” bisikku.

Is menatapku wajahku. Dua kali dia nampak seolah-olah hendak bersuara tetapi setiap kali juga dia berhenti.

Akhirnya, dengan senyuman kecil dia mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya.

“Aku…,” dibukanya kotak itu.

“…Aku sendiri menganggap diriku gila, kerana membawakanmu ini. Tapi, Nor, maaf kalau aku terus-terang seperti ini, dihatiku kau masih Nora-ku yang dulu. Aku tahu dalam sepuluh tahun segalanya boleh terjadi dan kau mesti sudah berkahwin. Tapi….”

Dikeluarkannya seutas gelang dihiasi batu permata. Aku terkesima.

“Aku tahu kau sukakan perhiasan antik. Aku ada kawan yang membuka kedai barangan antik di Munich. Aku membeli ini darinya,” tanpa meminta izinku, Is menyarungkan gelang itu di tanganku.

“Terima kasih,” ucapku terpesona.

“Cantik”

“Kau suka?”

Aku mengangguk. Dan aku teringat pula hadiah hari jadi dari Idlan.

“ Kau….Sepatutnya kau tak perlu susah susah…,” suaraku keluar dengan susah payah.

“Sebenarnya aku nak membawakanmu karpet antik yang aku pasti akan membuatkan kau tergila-gila. Aku sudah membelinya kerana itu mengingatkanku padamu.

Setiap kali aku berbelanja membeli barangan antik aku tak boleh tidak mengingatmu,”

Is tertawa kecil.

“Tapi aku tak dapat membawanya ke sini. Barang-barangku banyak sangat. Ibuku awal-awal lagi sudah berpesan kepadaku untuk membeli ole-ole untuk anak-anak buahku dan sanak saudaraku yang lain."

Aku tersenyum kecil. Tapi dalam hatiku muncul seribu pertanyaan.

Apakah Idlan tahu hadiah seperti apakah yang akan membuatku bahagia? Adakah dia mengenali selera dan kegemaranku? Aku menggeleng dalam hati. Tidak. Tidak .

Is masih bercerita panjang lebar tentang perniagaan yang dilakukannya di German. Aku kembali teringat tentang kecerdasan dan keluasan fikirannya.

Apatah lagi sepuluh tahun berada di  luar negara telah menjadikan Is yang dulu kukenal lembut dan peka, semakin lapang hati dan  bersikap terbuka.

Kalau ada yang berubah dalam dirinya, semua itu hanya menjadikan dirinya sempurna.

Segalanya memilukan hatiku. Sudah terlambat,bisikku kepada diri sendiri.

Is bercerita tentang barang-barang antik yang juga menjadi salah satu kegemarannya.

“Kalaulah kau bersamaku, Nor,” katanya dengan mata berkaca-kaca.

“Kita boleh menghabiskan masa dengan meneroka seluruh Eropah untuk mencari barang antik….”

Is melihat raut wajahku dan berhenti bercakap.

“Maaf,” katanya sejenak kemudian.

“Aku kena balik ke pejabat,” kataku kaku.

“Baiklah. Nak aku hantarkan?”

“Aku ada kereta.”

Is menahan tanganku ketika aku hendak berdiri.

“Nor, aku tahu semuanya berbeza sekarang. Tapi, kalau kau tidak keberatan, bolehkah kita bertemu lagi sekali-sekali selagi aku masih di sini? Aku perlukan kawan yang boleh
menemaniku untuk mengunjungi galeri dan art shop.”

Undangan yang sangat menggoda, yang memenuhi jiwaku. Kalaulah aku boleh mengatakan ya.

Is membaca keraguanku.

“Kita boleh keluar bertiga, kau, Idlan dan aku,” katanya.

“Aku tak ramai kawan di sini.”

“ Aku fikir dulu k,” jawabku cepat-cepat, sebelum hatiku dikuasai kehausan untuk duduk lebih lama bersamanya.

Is mengambil sesuatu di poket bajunya dan mengeluarkan sekeping kad nama. Di belakangnya dia menulis nombor handphonenya.

“Hubungi aku kalau kau dah bersedia. Aku tunggu panggilanmu.”

Malamnya aku berbaring di bilik, menatap kad itu seperti
anak gadis yang sedang mabuk kepayang. Aku bukan remaja lagi dan sepatutnya aku sudah boleh mengawal diriku sendiri.

Tapi aku tak dapat menipu hatiku sendiri. Kehadiran Is mewujudkan semula harapan dan khayalan yang kukira telah lama lenyap. Tapi masihkah ada kemungkinan antara aku dan Is?

Is bertanya dan aku telah meyakinkannya, bahawa aku telah berkahwin dan segalanya telah berakhir. Yang dia tidak
ketahui, perkahwinanku dengan Idlan hanyalah sebuah lakonan yang boleh ku putuskan bila-bila masa saja kalau ku mahu.

Tapi, walaupun dia tahu, apakah segala-galanya akan berbeza? Apa pendapatnya kalau aku menceritakan semua padanya, apa perasaannya?

Aku tak nak lagi memikirkan tentang Is. Apa yang kuharapkan bersamanya mustahil terjadi. Tapi, hidup dengan Idlan seperti ini selamanya juga tidak mungkin.

Semua ini hanya sandiwara yang akan berakhir, cepat atau
lambat. Apakah kembalinya Is merupakan suatu kesempatan kedua yang semestinya kuraih kerana selepas ini mungkin tidak akan wujud lagi? Tapi bagaimana?



Bersambung..........



Dah download ebook Free?



Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xii)

Wednesday, July 14, 2010



Is berjanji akan membahagiakan Nora. Tapi sayang semuanya sudah terlambat. Dia sudah berkahwin, walupun ianya hanya satu simulasi.

*********

Aku keluar lebih awal dari biasa semasa waktu makan tengahari, ku abaikan sahaja ajakkan rakan sepejabatku yang ingin membelanjaku makan.

Aku kebingungan...

Dalam perjalanan aku memikirkan kembali mawar putih itu. Sejak aku melihatnya, aku tahu tidak mungkin mawar itu pemberian idlan. Idlan tidak akan seromantik itu. 


Hanya  seorang yang kutahu pernah dan selalu memberiku
mawar putih.

Dan ianya adalah milik masa lampau yang tak pernah kubayangkan boleh dan akan kembali. Dan juga pesanan di dalam kad ucapan itu.....

Restoran itu masih seperti di dalam memoriku. Sederhana dan ringkas di bahagian luarnya; tetapi bila saja aku masuk, aku beroleh kedamaian dan ketenangan kerana reka bentuknya yang lapang dan asli, dengan kolam-kolam
kecil bertaburan si teratai merah jambu dan putih serta suara gemercik air terjun buatan di sepanjang dinding sebelah kiriku.

Tidak ada yang berubah. Dan meja nombor lima kegemaranku masih seperti dulu.

Ketika aku menghampiri meja itu, aku tidak
lagi merasa sebagai Nora yang berusia tiga puluh empat tahun, yang dewasa dan percaya diri, tetapi seorang gadis berusia dua puluh tiga tahun, yang terperangkap di antara cinta dan cita-cita.

Di meja itu ku lihat seseorang menantiku, seperti juga sepuluh tahun yang lalu. Sebahagian hatiku mengingatkan untuk tidak terlalu berharap. Masa lampau mustahil untuk kembali lagi.

Tapi segalanya masih sama seperti dahulu, hingga aku sukar untuk memisahkan antara kini dan ketika itu.

Apatah lagi saat lelaki di meja itu bangun menyambutku, menggenggam tanganku dan menyebut namaku.

 “Nor,” kelembutan suaranya masih seperti yang kuingat. Dan wajahnya, walaupun ada sedikit berkerut, masih seperti yang ku ingati.

“Kau datang.”

“Hai, Is” sapaku sambil duduk di hadapannya, tak lepas mataku dari senyumnya. Aku tiba-tiba sedar dengan rasa rindu yang sudah lama tak pernah ku fikir, dahaga yang bertahun-tahun tak kuizinkan untuk hadir.

Perasaanku berkecamuk, 'angau' yang belum pernah lagi kurasakan apabila bersama dengan sesiapa pun.

Lucu sekali apabila seorang perempuan seusiaku masih berdebar-debar kerana pertemuan dengan bekas kekasih..

“Terima kasih, mawar tu...,” luahan pertamaku agak bergetar.

“Kau masih ingat.” sambungku

“Aku tak mungkin lupa, meskipun nak melupakannya sekalipun,” katanya tersenyum.

“Bila kau pulang?”

“Pagi tadi.”

“Dengan anak isterimu?”

Is tertawa kecil.

“Ini agak memalukan. Aku masih sendiri, Nor.”

Jawabannya begitu mengejutkanku sehingga aku tak tahu harus berkata apa-apa.

“Aku tidak dapat membayangkan berkahwin dengan sesiapa pun selain denganmu,” senyumnya padam dan di matanya bergelora lagi aura pesona yang pernah dan mungkin masih boleh meluluhkan hatiku.

“Sepuluh tahun aku mencari, dan aku tetap tidak dapat menemui penggantimu.”

Aku tunduk, bibirku tertutup erat. Sepuluh tahun lalu, di tempat ini juga, ia melamarku, dan aku menolak.

Aku tidak boleh membiarkan peluang kerjaya yang telah susah payah ku usahakan di sia-siakan begitu saja, walaupun
untuk satu-satunya lelaki yang ingin ku kahwini. Aku tidak bersedia hanya menjadi bayangannya, terperangkap dan layu di negeri asing, walaupun dia adalah orang yang menguasai separuh jiwaku.

Dan dia pergi. Di awal perpisahan surat-suratnya datang dengan teratur, tiada satu pun kubalas.Bertahun-tahun dia tetap mengirim kad ulang tahun dan Lebaran, semuanya kubakar, sampai aku tidak lagi peduli, sehinggalah suatu hari tidak ada lagi kad yang datang.

Dan dengan sedih aku harus mengakui bahawa lelaki
sesempurna Is pun suatu ketika akan melupakanku.

“Kau pula bagaimana, Nor?”





Bersambung.....



Wow!! Dapatkan ebook percuma

Siri Novel - Setelah ku dinikahi (xi)

Tuesday, July 13, 2010



“Selamat Hari Jadi, Nor”

Aku terlonjak terduduk dan menyalakan lampu.

“Idlan! Kenapa kau masuk ke bilikku awal pagi sebegini?!”

“Untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi,” jawabnya riang.

Dan dia bangun dari kerusinya di sisi tempat tidur dan menarikku hingga berdiri.

“Jom! Aku nak tunjukkan hadiah hari jadi dariku tahun ini!”
 

Idlan memimpinku ke bilik baca dan menyuruhku duduk di depan komputerku.

Ada dua komputer di meja itu, satu milik Idlan, yang sarat dengan pelbagai programming software yang digunakannya untuk bekerja. Dan satu lagi milikku, lebih sederhana dan tidak secanggih milik Idlan.

Idan menghidupkan komputerku dan duduk di sebelahku dengan mata yang kelihatan teruja.

Sambil tersenyum, aku cuba meneka apa yang telah disediakan oleh Idlan untukku.

Pw? Personal website, dengan foto dan lagu? 


Aku menggeleng, dalam hati berkata Idlan tidak cukup romantik untuk itu.

“Tengok ni?” Idlan memotong renunganku.

“Apa?”

“Hadiahku.”

Keningku berkerut. Tidak ada yang berbeza dengan rupa paras komputerku itu.

Dengan perasaan ragu aku meraih mouse dan mengklik simbol Start.

Tidak ada yang berubah. Tapi Idlan kelihatan sekali menjadi semakin teruja. Setelah membuka file-file dan sekali lagi tidak menemukan apa pun, aku berpaling kepada Idan dengan raut wajah yang tak berdaya.

“Kau tak jumpa apa-apa??” tanya Idlan, dengan setitik kekecewaan didalam suaranya.

Aku menggeleng.

“Aku menambahkan memori komputer ini,” jawabnya kemudian.

Idlan melihat raut wajahku yang tak berubah, menambah?.

“Sekarang ni komputer mu dah boleh berfungsi dengan lebih pantas.”

Aku ingin sekali berkongsi kegembiraannya. Idlan kelihatan begitu bangga dengan hadiahnya, sekurang-kurangnya beberapa saat yang lalu, idlan tidak sedar bahawa aku kecewa.

“Oh ,” hanya itu yang boleh kukatakan.

“Terima kasih.”

“Kalau kau nak,kau boleh memelukku,” katanya tersenyum dan mendepakan kedua-dua tangannya. Ku pukul lengannya dan tertawa. Dan pagi itu berlalu seperti hari-hari semalam.

Di pejabat semua rakan-rakan ku mengucapkan ucapan selamat hari jadi buatku

Ketika aku memasuki bilik pejabat ku, aku memahami kenapa mereka kelihatan seperti menyembunyikan sesuatu.

Di atas mejaku ada sebuah kotak panjang yang dibaluti dengan kertas hadiah berwarna merah dan...... setangkai mawar putih. Ketika itu jantungku seperti berhenti berdenyut.

Perlahan-lahan kuambil kad ucapan yang melekat pada kotak itu, lupa seketika kepada rakan-rakanku yang pasti mengawasi melalui cermin kaca di pintu hadapan. 





Selamat Hari Jadi. Masihkah kau ingat padaku? Jika ya, aku menunggumu di tempat biasa.


Aku terduduk dan ku baca kad ucapan itu berulang kali.



"Adakah mungkin..?"





Bersambung.............








Wow!! Dapatkan ebook percuma




Siri Novel - Setelah ku dinikahi (x)

Monday, July 12, 2010



Malam itu, ketika idlan menjagaku ia tertidur di atas kerusi, aku teringat kembali pergaduhan yang menimbulkan rasa benciku terhadapnya.

Aku mengulangi setiap ayat-ayat yang telah ku lemparkan, dan aku tiba-tiba merasa malu. Kenapa semuanya mesti terjadi hanya disebabkan hal yang remeh temeh sebegitu?

Selama dua puluh tahun persahabatanku dengan Idlan, hobi dan kegemarannya tak pernah membuatku merasa terganggu. Masih banyak perkara lain yang menarik darinya. 


Kenapa aku sampai boleh melupakan itu dan membiarkan kemarahan menguasai diriku?

Aku tahu permintaanku memang sepatutnya kumiliki. Aku tahu aku berhak meminta Idlan menemaniku ke mana pun. Dan dia juga bersalah kerana memperbesar-besarkan pergaduhan itu.
 

Tetapi dia seperti sudah melupakan pergaduhan itu dan cuba berbaik denganku , sedangkan ketika ini aku masih menaruh dendam dan benci kepadanya. Jadi siapakah sebenarnya pemenang yang menang dalam pertelingkahan ini?

Ketika aku terbangun keesokkan paginya, Idlan sudah siap sedia menyediakan sarapan pagi dengan senyuman lebar. Idlan menemaniku ke bilik mandi dan aku tidak membantah ketika dia memintaku untuk tidak mengunci pintu. 


Dia sudah menyediakan kerusi di tepi baldi berisi air supaya aku tak perlu berdiri ketika mandi. Di almari pula sudah tersedia pakaian bersih untukku begitu juga dengan bedak wangi dan sikat rambutku juga sudah tersusun rapi. 

Selepas sahaja aku keluar dari bilik mandi, aku merasa jauh lebih segar dan bersemangat.

Sewaktu aku kembali ke bilik tidur, aku melihat selimutku telah diganti, mejaku sudah tersusun kembali dan bunga di dalam pasu di tepi tempatku tidur telah digantikan dengan yang baru. Ketika itu Idlan sedang duduk di tepi katilku, menambahkan gula pada susu
coklatku dan mengupaskan telur untuk sarapan pagiku, aku hampir menangis kerana rasa terharu.

“Kau tak pergi ke pejabat? ” tanyaku untuk cuba memulakan perbualan; kata-kata ramah pertama yang kuucapkan padanya setelah pergaduhan kami tempoh hari.

“Hari ni hari ahad, Nor.”

“Aku sudah demam selama seminggu ?” bisikku tak percaya.

“Ya,” Idlan tersenyum.

“ Tapi aku gembira kau sudah sembuh sekarang. Aku tak tenang ketika berada di pejabat kerana asyik memikirkan kesihatanmu".

“Ibuku kan ada di sini.”

“Ya. Aku terpaksa memintanya untuk datang. Aku langsung tak dapat meninggalkan tugasanku minggu lalu. Maaf.”

Aku menunduk, bersembunyi dari ketulusan di matanya. Kulirik jam di atas mejaku. Pukul lapan setengah pagi.

“Tak main bola?”

Idlan menggeleng sambil menyapu sebuku roti dengan mentega Daisy kegemaranku.

“Aku nak berikan peluang kepada Fairuz, dah dua bulan dia asyik duduk dibangku simpanan."

Aku tersenyum.

“Dia takut nak menyerang. Tidak sepantas aku. Maklumlah sudah agak gemuk. Tapi, siapa tahukan?,” ia mengangkat bahu dan tersenyum.

“Kau pergi memancing petang nanti?”

Ia menggeleng lagi.

“Kenapa?”

“Aku mesti membiarkan ikan-ikan itu membiak dan bertambah jumlahnya, jadi apabila sudah semakin banyak ikan-ikan di sana barulah aku menyerang kembali."

“Kalau kau memancing lagi, tolong sampaikan terima kasihku kepada mereka, ok.”

“ Terima kasih untuk apa?”

”Kerana meminjamkanmu untukku hari ini.”

Senyum Idlan serta merta surut. Dihulurkannya tangannya dan disentuhnya lenganku.

“Lain kali kalau kau nak kemana-mana sekali pun boleh tak kau beritahu aku sehari sebelum itu? Bukannya aku tak nak, tapi kalau aku sudah berjanji dengan kawan-kawanku, aku tak boleh dengan senang lenang membatalkannyakan?

Aku mengangguk.

“Aku juga berjanji tidak akan sering menonton filem aksi lagi,” katanya..



.....................Bersambung...............


Siri Novel - Setelah ku dinikahi (ix)



“Ibu berehat sajalah dirumah esok, biar saya yang uruskan semuanya”

Ibu tertawa kecil. “Kau sendiri? Kau tu dah tak tidur entah berapa malam dan kau menguruskan semuanya.

Mencuci, membersihkan rumah, menjaga Nora.Kau tak penat ke?”

“Saya kan menggunakan bateri Energizer.”


Ibu tertawa lagi, ”Idlan, Idlan. Kau pun kena berehat juga. Kalau kau sakit, Ibu tak yakin Nora dapat menjagamu sesabar kau menjaga dia.”


"Ibu! Idlan itu hanya menantu Ibu! Cuma lakonan semata-mata!" bisikku didalam hati


“Sudah menjadi tanggungjawab saya, Bu.”


Sunyi.


“Kau betul-betul tak perlukan bantuan Ibu?”


“Terima kasih. Kalau ada apa-apa, saya pasti telefon Ibu lagi.”


“Baiklah kalau begitu. Malam nanti kau kena suapkan Nor makan, jangan lupa juga memberinya makan ubat. Kalau dia nak, ibu sudah masakkan bubur di dapur. Kalau tak, berikan apa saja yang dia inginkan."


“Baiklah”


“Dan jangan tidak tidur lagi malam ni. Kesihatan Nor dah semakin pulih.”


“Ok.”


Dan ketika itu juga aku bersumpah akan membuatkan malam itu mimpi buruk untuknya.


Aku ingin menghukumnya kerana kata-katanya yang menyakiti perasaanku.


Aku ingin menghukumnya kerana dia tidak menghargai pengorbananku.


Dan aku ingin menghukumnya kerana dia membuatanku benci pada diriku sendiri.


Dia yang menyebabkan aku sakit dan entah berapa lama tidak berdaya, bahkan terpaksa membiarkannya mengurusku seperti bayi.


Dia harus membayar untuk semua penghinaan ini.


Aku benci, sangat benci kepadanya.


Aku menjadikan segalanya sangat sukar untuk Idlan malam itu.


Aku memberontak ketika dia cuba menyuapkan aku. Aku menolak ketika dia memintaku untuk makan ubat.

Aku menyuruhnya membuka tingkap kerana aku kepanasan, kemudian menutupnya lagi, kerana aku kesejukan, kemudian membuka lagi, menutup lagi entah berapa belas kali.

Aku menyuruhnya untuk membuatkanku susu yang tidak kuminum ,merebuskan mee maggie yang langsung tidak ku jamah pun, menyediakan roti yang kubuang ke lantai, mengupaskan buah apple yang kubiarkan di meja sehingga berubah warna menjadi coklat.


Urutannnya di kakiku terlalu keras, terlalu lembik, terlalu kasar, tidak terasa. Dan ketika dia mula kelihatan seperti tertidur, aku membangunkannya untuk menghidupkan televisyen supaya aku boleh menyuruhnya menukar saluran setiap kali dia mula terlelap kembali.


Semua itu akan membuatkanku sangat puas hati sekiranya Idlan hendak menolak, memprotes, mengeluh, atau marah dan memakiku seperti dulu. Tetapi dia sama sekali tidak mengeluh, tidak membantah . Kesabarannya merosakkan segala rancanganku.


Semakin lama aku semakin menyedari kelembutan dalam suaranya yang hanya boleh lahir dari kerisauan dan kelelahan di matanya yang aku tahu hanya akan hadir ketika adanya perasaan putus asa dalam dirinya.


Aku merasa serba salah, sebab aku sedar dia juga sedang menyalahkan dirinya sendiri, menghukum dirinya sendiri, mungkin lebih berat dari yang kulakukan.


Dan kebencianku itu turut musnah dan berganti kasihan, sesuatu yang sama sekali tak kuharapkan, tapi tak dapat kuelakkan.


............Bersambung..................


Siri Novel - Setelah ku dinikahi (viii)




Aku menggelengkan kepala tanpa berani menatap wajahnya.

Dan idlan mengangkatku, menggendongku, tanpa menghiraukan rontaanku. Idlan menggendongku sampai ke rumah, langsung tidak memberikanku kesempatan untuk melarikan diri.


Sesampai sahaja di dalam rumah, dia mengunci pintu dan menyimpan kuncinya di saku.


“Tukarlah bajumu,” katanya.


“Bajuku semua di dalam beg.”


“Pakai saja bajuku.”


“Tak nak!”


Ia mencengkam pergelangan tanganku dan menatap mataku lurus dengan mata berkobar-kobar,”Ini bukan waktunya untuk melawanku, Nor. Kau akan demam!”


“Raksasa,” desisku.


Malam itu suhu tubuhku meningkat naik, kepalaku sakit dan kerongkongku kepedih-pedihan. Aku masih ingat ketika Idlan menyuruhku menelan sebiji panadol  untuk mengurangkan demamku dan aku membangkang.


Aku mulai sembuh perlahan-lahan.


Ketika aku terjaga dan Idlan tengah menggantikan kain sejuk di dahiku, sentuhannya begitu sejuk dan menenteramkan.


Ketika aku tiba-tiba terkejut daripada salah satu mimpi burukku dan aku mendapati Idlan tengah membersihkan kotoran muntahku di lantai.


Ketika aku terbangun dari tidurku yang gelisah dan merasakan tangannya erat menggenggam jari-jemariku.


Hingga akhirnya, entah setelah berapa lama, aku terbangun dan nyalaan api dalam kepala dan dadaku telah terpadam. Jendela bilikku terbuka dan cahaya matahari hangat menembus masuk, membawa haruman aroma melati dari rumpun di luar bilikku. Ibuku tengah duduk di tepi tingkap, membaca.


“Ibu.”


Ibuku menurunkan bukunya.


Senyumnya mengembang ketika dia menghampiriku.“Bagaimana? dah beransur pulih?”


“Idlan mana?” bisikku.


Ah, soalan bodoh. Seharusnya aku bertanya di mana aku sekarang atau setidak-tidaknya siapakah namaku. Kenapa pertanyaan pertamaku harus tentang Idlan? bisikku kepada diri sendiri.


“ Masih di pejabat. Sebentar lagi dia balik.”


Aku demam dan dia pergi ke pejabat? Suami tak boleh harap.


“Ibu dah lama ke disini?”


“Dari pagi. Kau tak ingat ibu datang pagi tadi?”


Aku cuba menggeleng dan kepalaku serta merta pening. Tapi yang paling menyakitkanku adalah, Idlan sama sekali tak peduli keadaanku. Aku berbaring semula dan memejamkan mata. Air mataku yang panas berlinangan satu-persatu.


Petang itu ketika Idlan pulang, aku berpura-pura tidur. Aku sama sekali belum bersedia untuk berbual dengannya.


“Ibu,bagaimana keadaanya?” tanyanya, suaranya mendekati tempat tidurku.


Dan kemudian tangannya hinggap didahiku, sejuk dan membawa ketenangan. Seketika kemudian tangannya

menyentuh leherku, dan walaupun aku berniat untuk menepis tangannya dengan tenagaku yang ala kadar, aku tak akan nak melakukannya.


“Tadi Nora bangun sekejap,bertanyakan tentangmu dlan. Tidak lama kemudian dia menyambung tidurnya.Tapi panas badannya sudah turun dan tadi dia sempat meminum secawan susu.”


Tangan Idlan berpindah ke bahuku dan mulai mengurut dengan lembut. Jangan berhenti, jangan berhenti, jangan berhenti, pintaku dalam hati. Tapi dia bangun dan menyelimutkanku dan terus berbual dengan ibuku.



..........Bersambung..........


Siri Novel - Setelah ku dinikahi (vii)

Wajah Idlan kemerah-merahan menahan marahnya

“Nor! Kau jangan nak bergurau!"


Aku tak nak kau menolak kataku ini dan menghukumku bermurung sepanjang hari. Pergi mandi sekarang dan kita akan bertolak dalam masa setengah jam lagi.”


“Aku bukan budak suruhan. Jangan cuba memerintah aku. Dan aku tetap tidak mahu pergi”


“Ok. Terserah! Kalau kau nak duduk di sini seharian, makan aiskrim dan coklat sambil mengasihani diri sendiri dan menangis dan menangis dan menangis dan menangis….”


“Idlan!” jeritku sambil melempar kotak aiskrim itu ke arahnya. Ia terlambat mengelak dan aiskrim yang telah mencair melumuri t-shirtnya.


Aku lari ke bilikku, menghempaskan pintu dan duduk di bucu katilku"


Aku mendengar idlan memaki-maki dan menendang pintu. Ketika itu aku takut, takut sangat.


Idlan seperti telah menjadi manusia lain yang tidak kukenali sama sekali, asing dan mengerikan. Kututup telingaku dengan bantal dan aku terus menangis hingga  kepalaku yang sakit dan berat memaksaku tertidur kelelahan.


Petang itu aku keluar menghendap-hendap. Idlan pasti telah pergi memancing.


Aku fikir dia pergi semasa aku masih menangis disebabkan kata-kata kasarnya membuatkan aku semakin marah kepadanya.


Kali ini aku yakin tak ada pilihan lain kecuali meninggalkannya dan kembali ke rumah orang tuaku.


Selepas sahaja aku selesai mandi aku segera memasukkan semua pakaianku ke dalam bagasi.


Ketika itu Idlan pulang. Dia kedengaran sangat gembira, bersiul-siul sejak ia memasuki pintu pagar lagi. Siulannya berhenti saat dia melihat bagasiku dari pintu bilik yang terbuka.


“Nor, kenapa ni? ” tanyanya.


“Aku nak balik ke rumah Ibuku.”


Idlan masuk dan duduk di atas katilku, mengawasi gerak-gerikku. “Dengan semudah ini kau menyerah kalah?”


“Ini di luar dugaanku.”


“Apa?”


“Aku tidak sangka aku berkahwin dengan raksasa.”


Idlan terdiam, tunduk.


“Aku…,” katanya lembut.


“Aku bawakan pizza kesukaanmu.”


“Tak payah, aku dah gemuk sangat.” jawabku pantas


Dia menggeleng kepalanya dengan rasa bersalah,


”Tak. Kau tetap cantik.”


“Aku tak kisah dengan pendapatmu. Kau bukan suamiku, ingat? Penilaian kau langsung tidak mempunyai apa-apa makna."


“Aku dah cuba untuk menjadi suami yang baik.”


“Kau gagal.”


“Sekurang-kurangnya aku mencuba. Kau … kau tidak melakukan apapun supaya perkahwinan kita berhasil….”


“Simulasi.”


Idlan menghela nafas panjang dan mengangguk. “Simulasi... lakonan semata-mata”


“Kau salah, Dlan. Aku sudah melakukan terlalu banyak. Sudah belajar terlalu banyak. Dan aku sudah mengambil keputusan. Aku tidak akan berkahwin lagi. Aku tidak suka berkahwin. Apatah lagi dengan engkau.”


Idlan tidak berkata apa-apa dengan agak lama. Ketika idlan keluar dari bilikku,aku  duduk di katilku. Semua harapanku berkecai bertaburan. Aku tak pernah menduga Idan akan menyakitiku sehebat ini.


Tidak lama kemudian. setelah aku sudah boleh mengawal sedikit diriku, aku bangun. Aku mendandan diriku dan mengangkat bagasiku keluar bilik.


“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai hujan reda,” suara Idlan menyambutku.


“Lama sangat,” gumamku.


“Aku tidak boleh tinggal disini selama itu dengan kau."


Aku tak kisah dengan hujan yang serta merta membasahi aku ketika membuka pintu rumah.


Tinggalkan rumah ini , tinggalkan idlan secepat mungkin..hanya itu yang bermain difikiranku.


Aku hanya mampu memandu sejauh lima puluh meter dari rumahku dan aku terpaksa berhenti gara-gara air hujan sema, aku amat marah dan berputus asa sehingga aku keluar dari keretaku dan menendang pintu, menumbuk bonet keretaku , air mataku berlinangan dalam siraman air hujan.


Ketika itu aku melihat Idlan datang. Tanpa berkata apa-apa dia mencabut kunci keretaku dan mengunci kereta itu dari luar.


“Mari pulang,” katanya.


.......................Bersambung...................... 


Siri Novel - Setelah ku dinikahi (vi)

“Aku fikir sudah masanya untuk kau mengalah sekali-sekali.”

“Mengalah!” suaranya meninggi.


“Jadi selama ini aku tidak pernah mengalah? Nor, kau sudah mengambil enam kali dua puluh empat jam masaku , takkan kau tak boleh memberikanku….”


“Enam kali dua puluh empat? Enam kali dua! Kita cuma bertemu dan berbual sejam semasa sarapan dan sejam waktu makan malam!”


“Kau lebih suka menghabiskan lebih banyak masa dengan memilih mengurung diri di bilik bersama-sama dengan American Gengster"


"Dan, masaku terlalu berharga untuk digunakan daripada menyaksikan manusia saling membunuh setiap dua minit atau dua puluh dua orang bodoh merebut sebijik bola plastik!”


“Sekurang-kurangnya itu lebih jujur dan boleh difahami daripada filem-filemmu yang menitiskan air mata semata-mata!"


“Kau tak ubah sepeti budak-budak !”


“Dan kau, Tuan Puteri, kau bersikap ego!”


Idlan menyambar begnya dan melangkah sebesar-besarnya keluar melalui pintu belakang rumah. Aku masuk ke ruang makan dan menghempaskan pintu di belakangku.


Adakah ini perasaan setiap isteri yang bertengkar dengan suaminya?Dadaku sesak dan kepalaku sakit. Aku benci menghadapi tekanan, tapi air mata kecewa mulai membuat mataku pedih. Aku sama sekali tidak membayangkan sesuatu seperti ini akan terjadi padaku.


Aku tahu Idan melakukan  semua ini, simulasi ini, untukku, tapi selama ini aku tidak pernah menuntut apa pun darinya. Sebaliknya, aku telah berkorban banyak sekali sejak aku berkahwin —-simulasi—- dengannya, mengurangkan clubbingku, pulang dari pejabat secepat mungkin, memperhitungkan apakah idlan akan  menyukai makanan yang kubeli.


Apakah dia telah melakukan pengorbanan yang sama untukku ? Tidak!


Kubuka peti ais dan ku keluarkan satu kotak aiskrim coklat kegemaranku. Pagi itu ku habiskan masaku di depan television, menonton filem ayat-ayat cinta, air mataku kubiarkan meleleh tanpa henti, dan sekotak aiskrim itu pun habis tanpa kuperasan.


Idlan kembali pada jam 12.30pm, masih bermurung. Dia terus mandi dan tidak lama kemudian kembali ke ruang tamu dan ku lihat dia sudah bersiap dengan t-shirt dan seluar jeans.


“Kalau kau mau ke shopping mall, aku cadangkan kau mandi dan berdandan sedikit,”  katanya.


“Aku tak nak pergi ke shopping mall.”


"Pagi tadi kan kau kata….”


“Aku tidak nak menyusahkanmu. Aku tak nak kau gatal-gatal disebabkan alergi apabila masuk ke shopping mall nanti.”


“Nor, kalau kita tidak pergi sekarang, kita akan lewat untuk pulang.


Aku ada janji pada jam empat….”


“Aku kata aku tak nak ke shopping mall! Kau boleh pergi memancing sekarang kalau kau nak.”


“Janganlah berperangai budak-budak pula, Nor,” geramnya. “Aduh!”


“Tidak! kalau kau marah dan nak keluar rumah seperti dulu lagi, silakan!”


.........................Bersambung................................. 

 

Related Posts with Thumbnails