Siri Novel - Setelah ku dinikahi (vii)

Monday, July 12, 2010

Wajah Idlan kemerah-merahan menahan marahnya

“Nor! Kau jangan nak bergurau!"


Aku tak nak kau menolak kataku ini dan menghukumku bermurung sepanjang hari. Pergi mandi sekarang dan kita akan bertolak dalam masa setengah jam lagi.”


“Aku bukan budak suruhan. Jangan cuba memerintah aku. Dan aku tetap tidak mahu pergi”


“Ok. Terserah! Kalau kau nak duduk di sini seharian, makan aiskrim dan coklat sambil mengasihani diri sendiri dan menangis dan menangis dan menangis dan menangis….”


“Idlan!” jeritku sambil melempar kotak aiskrim itu ke arahnya. Ia terlambat mengelak dan aiskrim yang telah mencair melumuri t-shirtnya.


Aku lari ke bilikku, menghempaskan pintu dan duduk di bucu katilku"


Aku mendengar idlan memaki-maki dan menendang pintu. Ketika itu aku takut, takut sangat.


Idlan seperti telah menjadi manusia lain yang tidak kukenali sama sekali, asing dan mengerikan. Kututup telingaku dengan bantal dan aku terus menangis hingga  kepalaku yang sakit dan berat memaksaku tertidur kelelahan.


Petang itu aku keluar menghendap-hendap. Idlan pasti telah pergi memancing.


Aku fikir dia pergi semasa aku masih menangis disebabkan kata-kata kasarnya membuatkan aku semakin marah kepadanya.


Kali ini aku yakin tak ada pilihan lain kecuali meninggalkannya dan kembali ke rumah orang tuaku.


Selepas sahaja aku selesai mandi aku segera memasukkan semua pakaianku ke dalam bagasi.


Ketika itu Idlan pulang. Dia kedengaran sangat gembira, bersiul-siul sejak ia memasuki pintu pagar lagi. Siulannya berhenti saat dia melihat bagasiku dari pintu bilik yang terbuka.


“Nor, kenapa ni? ” tanyanya.


“Aku nak balik ke rumah Ibuku.”


Idlan masuk dan duduk di atas katilku, mengawasi gerak-gerikku. “Dengan semudah ini kau menyerah kalah?”


“Ini di luar dugaanku.”


“Apa?”


“Aku tidak sangka aku berkahwin dengan raksasa.”


Idlan terdiam, tunduk.


“Aku…,” katanya lembut.


“Aku bawakan pizza kesukaanmu.”


“Tak payah, aku dah gemuk sangat.” jawabku pantas


Dia menggeleng kepalanya dengan rasa bersalah,


”Tak. Kau tetap cantik.”


“Aku tak kisah dengan pendapatmu. Kau bukan suamiku, ingat? Penilaian kau langsung tidak mempunyai apa-apa makna."


“Aku dah cuba untuk menjadi suami yang baik.”


“Kau gagal.”


“Sekurang-kurangnya aku mencuba. Kau … kau tidak melakukan apapun supaya perkahwinan kita berhasil….”


“Simulasi.”


Idlan menghela nafas panjang dan mengangguk. “Simulasi... lakonan semata-mata”


“Kau salah, Dlan. Aku sudah melakukan terlalu banyak. Sudah belajar terlalu banyak. Dan aku sudah mengambil keputusan. Aku tidak akan berkahwin lagi. Aku tidak suka berkahwin. Apatah lagi dengan engkau.”


Idlan tidak berkata apa-apa dengan agak lama. Ketika idlan keluar dari bilikku,aku  duduk di katilku. Semua harapanku berkecai bertaburan. Aku tak pernah menduga Idan akan menyakitiku sehebat ini.


Tidak lama kemudian. setelah aku sudah boleh mengawal sedikit diriku, aku bangun. Aku mendandan diriku dan mengangkat bagasiku keluar bilik.


“Sekurang-kurangnya tunggulah sampai hujan reda,” suara Idlan menyambutku.


“Lama sangat,” gumamku.


“Aku tidak boleh tinggal disini selama itu dengan kau."


Aku tak kisah dengan hujan yang serta merta membasahi aku ketika membuka pintu rumah.


Tinggalkan rumah ini , tinggalkan idlan secepat mungkin..hanya itu yang bermain difikiranku.


Aku hanya mampu memandu sejauh lima puluh meter dari rumahku dan aku terpaksa berhenti gara-gara air hujan sema, aku amat marah dan berputus asa sehingga aku keluar dari keretaku dan menendang pintu, menumbuk bonet keretaku , air mataku berlinangan dalam siraman air hujan.


Ketika itu aku melihat Idlan datang. Tanpa berkata apa-apa dia mencabut kunci keretaku dan mengunci kereta itu dari luar.


“Mari pulang,” katanya.


.......................Bersambung...................... 


No comments:

Related Posts with Thumbnails