Siri Novel - Setelah ku dinikahi (ii)
Monday, July 12, 2010
“Cinta? Kau terlalu banyak menonton filem romantis ,” gurauku
“Kau tahu berapa lama cinta bertahan dalam sesuatu pernikahan?”
“Berapa lama?”
“Satu sehingga tiga bulan sahaja. Setelah itu,kesepian, keperitan, frustrasi dan imaginasi”
“Imaginasi?”
“Bayangkan, kalau kau dimasukkan di dalam penjara dengan lelaki yang kau benci sekaligus kau juga tahu dia amat membencimu,sama jugalah seperti kau tidak akan dapat membayangkan peritnya perkahwinan itu dan kau boleh jadi gila.”
“Ataqfirullah.....,” gumam Idlan.
“Kalau itu terjadi padaku, siapa yang harus kubayangkan berada didalam penjara bersamaku? Britney Spear , Shakira ?”
“Lady Gaga,” jawabku pantas dan Idlan memecahan suasana dengan ketawanya.
“Idlan,” keluku.
“Berhentilah ketawa. Aku bukan bergurau. Aku sedang mengatakan masalah serius, dan aku bengang kau ketawa tanpa henti.”
Wajahnya serta-merta menjadi serius. “Aku tidak mengetawakan kau. Kalau kau benar-benar sahabatku, kau tahu beginilah aku menghadapi semua masalah, walau sesukar mana sekalipun.
Termasuk soal perkahwinan.
Cubalah ketawa. Kau akan merasa jauh lebih baik. Kalau ibumu bertanyakan calonmu sekali lagi, ketawalah. Ketawalah sepuas-puasnya.”
“Idlan, kau langsung belum membantuku lagi,” kataku.
“Aku perlukan penyelesaian,dan bukannya idea-idea bangang.”
Idlan membisu. Dan untuk beberapa waktu kami berdua sama-sama merenung.
Akhirnya, Idan mula bersuara dengan berhati-hati.
"Nor, aku tahu ini pasti kedengaran agak gila. Tapi dengar dulu. Aku rasa sarananku ini boleh
menyelesaikan kedua-dua masalahmu."
Pertama, ketidakpercayaanmu kepada kaum lelaki. Kedua, ketidakfahamanmu kenapa kau perlukan seorang suami.”
Aku mengangguk, dalam hati bersiap sedia untuk mempertahankan wajah seriusku kerana idea yang akan dilontarkan Idlan nanti pasti membuatkan aku pecah perut ketawa.
“Sebelum itu, aku ingin bertanyakan satu perkara, dan ini sangat penting,jadi aku perlu jawapan mu dengan jujur."
"Kau benar-benar percayakan aku?”
Kutatap wajah Idlan dengan dahi berkerut. Dia telah jadi sahabatku selama puluhan tahun. Banyak yang berubah dalam hidupku, dan selama ini enam lelaki telah hadir dan menghilangkan diri dari hidupku. Hanya Idlan yang tak berganti.
Ia seakan-akan selalu bersedia menghulurkan tangan untuk menolongku, sementara sense of humornya tak pernah gagal membantuku keluar dari stress yang paling parah sekalipun.
Kalau hanya ada sepuluh lelaki di dunia ini yang wujud,dan aku diberikan pilihan memilih siapa yangku inginkan hanya Idlanlah orangnya.
“Ya. Aku percayakan kau.”
“Kalau begitu, percayalah bahawa yang kulakukan ini adalah semata-mata untuk
kebaikanmu. Percayalah bahawa aku sama sekali tidak memiliki niat jahat di sebalik ideaku ini. Percayalah.”
“Idlan! ” potongku pantas.
“Idea apa?”
“Aku ingin mengajak kau untuk melaksanakan satu eksperimen,” ia berkata dengan berhati-hati, kedua-dua matanya melihat pada ekspresi wajahku.
“Aku akan mengahwinimu”
“Apa?”
..............................BERSAMBUNG...................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment