Siri Novel - Setelah ku dinikahi (Akhir)

Wednesday, July 28, 2010



“Entahlah. Mungkin sebulan dua bulan.”

“Kau tahu kita tak ada masa yang banyak, Nor. Aku tidak boleh menunda untuk balik ke Jerman. Dan aku tidak tahu bila lagi aku boleh kembali ke sini. Mungkin tidak dalam setahun atau dua tahun ini. Dan kita akan kehilangan masa yang semestinya boleh kita lalui bersama.”

“Aku tahu, Is. Tapi aku tidak mungkin meninggalkan Idlan sekarang. Dia memerlukan aku.”

“Aku lebih memerlukanmu daripada dia, Nor. Dan fikirkan dirimu sendiri. kau tidak ingin kita boleh terus bersama?”

Aku menghela nafas panjang.

“Entahlah, Is, ” bisikku.

“Apa maksudmu?” suara Is kedengaran terkejut

“Aku …. Aku tidak akan bahagia kalau Idlan menderita.”

“Nor! Kau tidak …. Dengar, fikir baik-baik. Menurutmu, kalau kau terseksa hidup dengannya, dia akan bahagia?”

“Aku tidak merasa menderita menjadi isterinya.”

“Tapi kau tidak bahagia!”

“Aku bahagia, Is. Mungkin tidak seperti saat aku bersamamu. Tapi Idlan membuatku bahagia.”

“Kau tidak boleh melakukan ini, Nor. Kau hanya kasihan kepadanya. Tak lama lagi kau akan berubah fikiran dan saat itu kau akan menyesal kerana membiarkan peluang ini.”

“Aku boleh belajar memaafkan diriku sendiri.”

“Nor, kau tidak mencintainya!”

“Dia mencintaiku. Itu lebih dari cukup.”

“Kau keliru, Nor. Aku faham. Tapi takkan kau dah lupa aku sangat mencintaimu?”

“Aku tidak pernah akan lupa, Is.”

“Jadi apa yang membuatkanmu berubah fikiran secepat ini?”

“Idlan mengajarku tentang cinta.”

“Hanya kerana itu?”

“Juga kerana aku yakin, aku akan belajar mencintainya.”

“Nor ….”

“Selamat tinggal, Is. Semoga kau akan sebahagia aku suatu hari nanti atau mungkin lebih bahagia lagi.”

Telefon kututup sebelum air mataku jatuh.

“Nor.”

Aku tersentak dan termenung seketika. Entah sudah berapa lama Idlan berdiri di belakangku. Wajahnya penuh tanda tanya dan dia menggeleng perlahan sambil duduk di lantai di sisi kerusiku.

“Kenapa?” tanyanya.

Aku tak mampu menjawab. Air mataku menitis satu-persatu dan dengan lembut dia mengusap pipiku dengan jarinya.

“Aku tak boleh melihatmu begini ,” lanjutnya perlahan.

“Ini keputusan yang sangat terburu-buru, Nor. Kau hendak membiarkan peluangmu berlalu sekali lagi?”

Aku mengangguk.

“Dia akan membuatmu sangat bahagia, Nor.”

Aku mengangguk.

“Kau akan menyesal.”

Aku mengangguk.

“Kau akan sedih, kecewa ….”

Aku mengangguk.

“Kau tidak mencintaiku.”

Aku menggeleng.

Idlan memandangku.

 “Nora!” pekiknya tertahan.

“Idlan......!”


Tamat......




 




Related Posts with Thumbnails